(Komuniti) Temuduga Terbuka Pemilihan Pelatih Sebagai Pekerja Kapal & Feri di Sarawak & Tayangan Video Advokasi

2 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 November 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah menjadi pilihan pegawai Kapal untuk memilih warga belia Kampung Semop untuk bekerja sebagai pelatih kerja kapal dan feri di Sarawak. Temuduga ini telah dihadiri oleh Tuan Reduan bin Serap. Selain itu, temuduga ini berlangsung dengan jayanya yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 9:00 hingga 12.00 tengahari. Seramai 21 orang peserta yang berumur 17 tahun hingga 30 tahun mencuba nasib dalam temuduga tersebut.

Di samping aktiviti temuduga berlangsung juga, kami selitkan sekali tayangan video Advokasi dan Klik Dengan Bijak (KDB) kepada semua yang terlibat. Kami dari Pusat Internet Semop mendoakan kejayaan semua yang telah ditemuduga.

Selamat maju jaya semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali